Wednesday, May 19, 2010

layakkah aku?


sajak yang saya deklamasikan semasa hari guru saya modify dari sajak cikgu farizal. terima kasih kepada cikgu farizal.namun demikian, semasa di atas pentas otak saya modify lagi...dan saya pun sudah tidak ingat bahagian mana yang telah saya modify itu. catatan ini adalah sajak yang sepatutnya saya deklamasikan..

Layakkah Aku?

16 Mei tetap ditunggu
Satu hari sudah berlalu
Hari ini pun
Email,SMS, masih bertalu-talu
Kad dan nota juga tak jemu
Juga di mukabuku..ooops facebook la tu..
Selamat Hari Guru
Terima Kasih Cikgu!
Tapi… Layakkah Aku?

Setengah tahun hampir bertemu
Berapa waktu ku biarkan berlalu
Murid di kelas tanpa guru
Hutangku jadi beribu-ribu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?

Hari-hari ke kelas tak menentu
Kekadang lewat, bukan selalu
Ku biar murid terus menunggu
Maaf lah,
Kekadang memang tak sempat,
tapi yang benarnya sibuk saja aku
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?

Kerja rumah ku beri tak laku
Apa lagi marah tak kan nak merayu,
Sesekali cuba berlembut ragu,
Risau bimbang jawatanku
Nanti hilang dek saman malu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?

Murid berkelahi bukan tugas ku
Mana Rashid, mana Azmi, mana Timah, mana Chia,
Eish, mana Redziah ni...
Biar guru disiplin dan HEM jadi penentu
Baik ku duduk diam-diam dalam bilikku
Tugas ku hanyalah tugas ku
Terima kasih cikgu!
Layakkah Aku?

No comments:

Post a Comment