Sunday, January 27, 2013

menuntut ilmu

Hazrat Abu Hurarirah ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda, 'dunia dilaknat dan apa-apa yang ada di dalam dunia juga dilaknat (jauh daripada rahmat Allah) kecuali zikrullah dan apa-apa yang menghampirkan kepadanya, alim dan penuntut ilmu"  [hadith riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain]

keterangan :
'apa-apa yang menghampirkan kepadanya 'boleh dimaksudkan apa-apa yang menghampirkan kepada zikir.
jika demikian maka maksudnya adalah apa-apa yang menolong dan membantu seseorang untuk berzikir, termasuk juga makan minum sekadar perlu dan keperluan hidup yang lain. menurut pengertian ini segala perbuatan yang berbentuk ibadat adalah juga termasuk dalam zikrullah.

'apa-apa yang menghampirkan kepadanya' boleh juga membawa maksud apa-apa yang menghampirkan kepada Allah. mengikut pengertian ini pula apa-apa yang menghampirkan kepada Allah, termasuklah segala jenis ibadat.

yang dimaksudkan dengan zikrullah yang disebutkan dalam hadith ini ialah zikir yang khusus.

ilmu termasuk dalam kedua-dua pengertian tersebut. mengikut pengertian pertama, ilmulah yang menghampirkan seseorang kepada zikrullah. sebagaimana dikatakan oleh seorang penyair,  'tidak mungkin seseorang dapat mengenal Allah tanpa ilmu"

manakala mengikut pengertian yang kedua ialah tidak ada ibadat yang lebih penting daripada ilmu. walaupun demikian orang alim dan penuntut ilmu masih disebutkan secara berasingan untuk menegaskan bahawa ilmu adalah sesuatu yang begitu berharga.

diriwayatkan dalam satu hadth bahawa :
1 menuntut ilmu semata-mata kerana Allah sbht adalah termasuk dalam pengertian takut kepada Allah. sbht.
2 menuntut ilmu dan pergi ke mana-mana saje untuk mencari ilmu adalah ibadat.
3 menghafal ilmu adalah tasbih(mensucikan Allah sbht).
4 perbincangan dalam mengkaji ilmu adalah jihad.
5 membaca dan mentelaah kitab adalah sedekah
6 mengajar ilmu kepada orang-orang yang layak diajar adalah penghampiran diri kepada Allah
7 sesungguhnya, melalui ilmu, halal dan haram dapat dibezakan.
8 ilmu adalah tanda arah jalan ke syurga,
9 penghibur hati ketika gelisah,
10 teman dalam perjalanan,
11 guru ketika keseorangan,
12 memberi petunjuk dalam kesenangan dan kesusahan
13 dan senjata ketika melawan musuh untuk membela kawan.

oleh itu, Allah sbht telah meninggikan darjat para ulama.
1 mereka adalah penyeru kepada kebaikan.
2 mereka adalah imam yang jejak langkah dan amal perbuatan mereka diikuti,
3 mereka sebagai tempat rujukan.
4 para malaikat suka bersahabat dengan mereka. para malaikat mengusap sayap-sayap ke atas mereka untuk mengambil berkat atau  menunjukkan kasih sayang.
5 setiap mahluk di dunia ini sama ada yang di darat mahupun yang di laut memohon keampunan untuk mereka. sehinggakan ikan-ikan di laut, binatang-binatang buas di hutan dan binatang yang berbisa seperti ular dan sebagainya) juga sentiasa memohon keampunan daripada Allah sbht untuk mereka.

ini semuanya ialah kerana ilmu merupakan nur bagi hati dan cahaya bagi mata. melalui ilmu seseorang hamba boleh sampai ke tahap sebagai seorang yang terbaik di kalangan umat dan boleh mencapai kedudukan yang tinggi di dunia dan akhirat.

memutalaah pelajaran adalah umpama puasa dan meghafal adalah seperti bertahajud. dengan ilmu dapat dieratkan lagi tali persaudaraan, dan dengan ilmu ia dapat mengenal halal dan yang haram. ilmu adalah imam kepada amal dan amal adalah pengikut ilmu. ilmu hanyalah diilhamkan kepada orang yang berbahagia sahaja sedangkan orang-orang yang malang adalah jauh dari ilmu.

petikan dari muka surat 71 hingga 73 bab 1 : fadhilat zikir buku fadhilat amal.



Saturday, January 26, 2013

10.1

im writing this from my 10.1 gnote..im not patient enough to upload a picture..hehee..

i uploaded this picture using my laptop in less then 20 seconds....

Thursday, January 3, 2013

sting like a bee..hehee

someone said " saya tak pernah jumpa pengetua yang sombong seperti puan ini" in my room, but after 20 minutes after the discussion was over, she apologized...hehee..