Sunday, August 11, 2013

selamat hari raya aidil fitri

selamat hari raya aidil fitri. maaf zahir dan batin. hari ini hari raya yang ke-4. hari ini baru hendak pegi beraya. hendak pegi beraya ke rumah pak usu di batu pahat. mood beraya jadi kurang pula tahun ini. ramai yang datang ziarah ke rumah, sebenarnya saudara mara adik beradik dan sanak saudara datang ziarah melawat mak. alhamdulillah, mak sihat selepas 2 hari duduk hospital sebab tekanan darah yang tinggi. semoga Allah terus beri kesihatan yang baik pada mak. ameen. kepada semua saudara mara dan para sahabat handai rakan taulan, mohon ampun dan maaf, maklumlah semasa pergaulan tentu ada salah silap. semoga Allah terus beri kita kesejahteraan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat. ameen.


No comments:

Post a Comment