diriwayatkan bahawa umar pernah berpidato di depan masyarakat, pada ketika itu umar sudah memegang jawatan khalifah. ketika itu umar mengenakan sarung yang padanya terdapat dua belas jahitan(tampal). (HR, Ahmad)
umar juga pernah tawaf di ka'bah dengan mengenakan sarung yang terdapat dua belas tampalan.salah satunya ditampal dengan menggunakan benang berwarna merah.
umar pernah datang terlambat ke masjid pada hari jumaat. kemudian beliau keluar dan meminta maaf kepada para jemaah atas keterlambatannya. umar mengatakan kepada mereka, 'maaf, saya tadi datang terlambat kerana pakaianku ini sedang dicuci dan aku tidak punya pakaian selain ini.
diriwayatkan dari abdullah bin amir bin rubai'ah bahawa beliau berkata' aku pernah berangkat menunaikan ibadat haji bersama umar dari madinah menuju mekah. kami tetap bersama hingga pulang. ketika itu tidak ada tenda dan khemah yang didirikan khusus untuk umar. umar tidur sambil mengenakan pakaiannya dengan beralaskan tikar dan kulit dan berteduh di bawah pokok.'
itulah amirul mukminin yang memimpin umat islam yang terbentang dari hujung timur dan barat. beliau duduk di atas tanah hanya beralaskan pakaian dan tikar dari kulit, seolah-olah beliau adalah seorang rakyat biasa.
dipetik dari ms 171 & 172 amirul mukminin umar bin khattab
No comments:
Post a Comment