hari ini bukan hari guru tetapi rasa hendak menulis tentang guru.
sajak arwah usman awang ini mengingatkan kita tentang sumbangan guru. walau bagaimanapun sejak beberapa minggu ini banyak peristiwa menunjukkan betapa guru hari ini begitu rendah di mata masyarakat. tiada hormat untuk guru lagi.
Guru oh Guru!
Usman Awang
Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi
Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara
Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka
Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .
No comments:
Post a Comment