Showing posts with label ragam manusia. Show all posts
Showing posts with label ragam manusia. Show all posts

Friday, August 31, 2012

bicara merdeka oleh a samad said

ANAK ANAK MUDA JADILAH BERANI


DUNIA INI MILIK MU

anak anak muda beranilah
dunia ini akhirnya milik kamu
anak anak muda gagahlah
dunia ini masa depan kamu
anak anak muda berjuanglah
dunia ini setiasa menunggu kamu

anak anak muda pegang tangan kekasih mu
anak anak muda genggam tangan kawan mu
anak anak muda acungkan tangan kamu
anak anak muda laungkan api perjuangan
anak anak muda dunia ini akhirnya milik kamu

anak anak muda
ketahuilah
muda ini hanya sekali
anak anak muda
ketika muda inilah untuk jadi berani

jika kau telah tua
maka kau akan bijak berdusta
jika kau telah tua
maka kau bijak bersilat lidah
jika kau telah tua
kau bijak berpura-pura
jika kau telah tua
saku kau akan berat dengan hutang janji
jika kau telah tua
kau hanya seorang penyaksi

anak muda jadilah berani
kerana dunia ini akhirnya milik kamu



Sunday, April 29, 2012

a sunday poem


Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Friday, January 20, 2012

guru oh guru

hari ini bukan hari guru tetapi rasa hendak menulis tentang guru.
sajak arwah usman awang ini mengingatkan kita tentang sumbangan guru. walau bagaimanapun sejak beberapa minggu ini banyak peristiwa menunjukkan betapa guru hari ini begitu rendah di mata masyarakat. tiada hormat untuk guru lagi.

Guru oh Guru!
Usman Awang

Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara
Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka
Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .

Friday, July 9, 2010

School Open Day

i taught dinie last year. his mother came and he's very happy. dinie did very well in his studies. i hope he'll perform better in future. insyaAllah.
faiszudin was so happy when his father came. he pulled his father closer to him for this picture. watching at his gesture, i'm sure he's a good son. may Allah bless them always.

i was surprised to see suresh and his mother walking along the corridor of block C . suresh is very weak in his studies. i pity him but he is so baik and sporting. i hope he'll survive and have a good life in future.







Thursday, July 8, 2010

Monday, July 5, 2010

orang miskin orang kaya orang jahat orang baik

saya suka ayat-ayat ini..

kemiskinan bukan dilawan dengan memberikan beras dan ikan masin.kemiskinan lahir dari struktur masyarakat itu sendiri. agihan kekayaan yang kurang adil adalah penyebab utama. beri beras , beri gula, beri telor , beri duit – memang boleh melegakan kesusahan sang keluarga. ini langkah betul. sesiapa yang melakukannya telah membuat amal yang baik. tapi untuk berapa lama? disinilah seharusnya gedung-gedung ilmu kita mengeluar kan pandangan dan pendapat. mengeluarkan cadangan dan thesis. mengajukan cara menyuluruh untuk memastikan tidak ada sesiapa yang tecicir jatuh miskin.kita bersedih bila membaca berita ini.kita bersimpati apabila menghayati berita ini.tapi bersimpati dan menghayati hanya pembuka mata.kuncinya pada diri kita sendiri.

dalam dunia ini yang jahat bukan ramai kejahatan dan kebebalan muncul apabila orang baik tidak melakukan apa-apa.

Tuesday, March 2, 2010

sakit kaki?


sapukan kaki dengan kapur sirih yang telah dicampurkan dengan air limau nipis. limau nipis tak ada? guna lemon. ok juga la..tapi cooling effect kurang sikit dengan lemon ni...

kaki terseliuh..kaki lenguh..boleh cuba cara ini...

Thursday, February 25, 2010

oh..kakiku sakit...

so much work and so much walking. tired and bored. leg pain and brain pain..yeah..

Saturday, January 30, 2010

History Lesson


I watched the movie The Founding of Republic. It's a film on how Mao Zedong get the support to form the Republic of China after so many civil wars. How Chiang Kai Shek escaped to Taiwan and was considered defeated by Mao Zedong. The wonderful part was the important part played by the ladies espeacially the wife of Sun Yet Sen in the aggreement to form the republic. I was all awake while watching this film. This is a proof that history lesson is good through movies. Afterall I only learn history until my LCE.

p/s old name for Beijing was Beiping

Wednesday, January 6, 2010

Baju Jarang

Sakit mata melihat orang pompuan pakai baju jarang tanpa linning yang sesuai. Lagi gila baju jarang dipakai di tempat yang salah. Ada guru pompuan yang memakai baju jarang ke sekolah. Sakit mata melihatnya.