Sunday, July 14, 2013

Hadith 10 Fadhilat Solah

sambungan keterangan....page 26

Penekanan dan penerangan tentang solah dan kelebihan-kelebihan solah terdapat dalam kitab hadith.  Sangat sukar untuk dicatatkan keseluruhan perkara itu.  Sebagai usaha untuk mendapat keberkatan di bawah ini ditulis mafhum beberapa hadith Baginda saw.
1 Solah merupakan perintah Allah saw yang pertama ke atas umatku dan solahlah yang pertama akan dihisab pada hari kiamat.
2 Takuti Allah swt tentang solah. Takutilah Allah swt tentang solah. Takutilah Allah swt tentang solah.
3 Solah adalah pemisah antara seseorang yang beriman dengan syirik.
4 Solah ialah tanda Islam.  Seseorang yang bersolah dengan khushuk serta memelihara waktu solah dan perkara-perkara yang disunatkan dalam solah adalah seorang mukmin.
5 Tidak ada amalan yang difardukan oleh Allah swt lebih afdal daripada iman dan solah.  Sekiranya terdapat amalan-amalan yang lebih afdal daripada solah, nescaya Allah swt akan memerintahkan para malaikat untuk melakukan amalan-amalan itu.  Oleh itu, sepanjang siang dan malam ada malaikat yang rukuk dan ada yang sujud.
6 Solah adalah tiang agama.
7 Solah menghitamkan muka syaitan.
8 Solah adalah nur bagi orang mukmin
9 Solah adalah sebaik-baik jihad.
10 Apabila seorang mulai mengerjakan solah, Allah swt menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Apabila dia selesai bersolah Allah swt akan mengalihkan perhatian daripadanya.
11 Apabila bala turun dari langit maka mereka yang memakmurkan masjid terselamat daripada bala itu.
12 Kalaulah seseorang dimasukkan ke dalam neraka kerana sesuatu sebab, api neraka tidak akan membakar bahagian anggota sujud.
13 Allah swt telah mengharamkan api neraka daripada mengharamkan api neraka daripada menyentuh anggota sujud.
14 Amalan yang paling disukai oleh Allah swt ialah solah yang ditunaikan pada awal waktu.
15 Keadaan manusia yang paling disukai oleh Allah swt ialah ketika melihat seseorang itu sujud dan dahinya menyentuh ke tanah.
16 Seseorang itu sangat hampir dengan Allah swt ketika dia dalam sujud.
17 Solah adalah anak kunci syurga.
18 Apabila seseorang berdiri untuk mengerjakan solah maka terbukalah pintu-pintu syurga dan tabir antara dia dengan Allah swt disingkap, selagi dia tidak melakukan perkara-perkara yang makruh.
19 Seorang yang bersolah adalah seperti dia sedang mengetuk pintu Raja segala  raja dan pada kebiasaannya apabila pintu diketuk berterusan maka pastilah pintu akan dibuka.
20 Kedudukan soalah dalam agama adalah seumpama kedudukan kepala pada badan.
21 Solah adalah cahaya bagi hati. Sesiapa yang ingin jadikan hatinya bercahaya maka usahakanlah melalui bersolah.
22 Seseorang yang mengambil wuduk dengan sepurna lalu menuanikan 2 atau 4 rakaat solah fardu atau sunat dengan khusyuk dan khudu lalu memohon keampunan daripada Allah swt terhadap dosanya maka Allah swt akan mengampuninya.
23 Bahagian bumi yang di atasnya terdapat manusia yang mengingati Allah swt dengan menunaikan solah, bahagian itu berbangga ke atas bahagian bumi yang lain.
24 Seseorang yang menunaikan 2 rakaat solah lalu memohon sebarang hajat daripada Allah swt maka permohonannya itu akan diperkenankan sama ada pada ketika itu juga atau dilambatkan sedikit kerana sesuatu maslahat(sesuatu manafaat dan kebaikan)
25 Sesiapa yang mengerjakan solah dua rakaat bersendirian dan tiada siapa yang melihatnya kecuali Allah swt serta malaikat-malaikatNya maka dia mendapat jaminan kelepasan daripada api negara.
26 Sesuatu doa akan dimakbulkan oleh Allah swt selepas seorang itu menunaikan setiap solah fardunya.
27 Seseorang yang mengambil berat terhadap solah 5 waktu dengan menyempurnakan rukuk, sujud, wuduk dan lain-lain dengan sempurna maka pasti dia akan memasuki syurga dan neraka diharamkan ke atasnya.
28 Selagi seseorang Islam mengambil berat dalam menunaikan solah 5 waktu maka selagi inilah syaitan akan takut kepadanya. Apanila dia mencuaikan solah maka menjadi berani dan bersungguh-sungguh untuk menyelewengkannya.
29 Amalan yang paling baik ialah mendirikan solah pada awal waktu.
30 Solah adalah persembahan orang yang bertakwa kepada Allah swt.
31 Solah yang paling disukai oleh Allah swt ialah solah yang dikerjakan pada awal waktu.
32 Mereka yang pergi mengerjakan solah pada waktu subuh membawa bendera iman. Sementara mereka yang ke pasar (tanpa bersolah subuh) membawa bendera syaitan.
33 Pahala 4 rakaat solah sunat sebelum zuhur sama seperti pahala 4 rakaat solah tahajud
34 Empat rakaat solah sunat sebelum zuhur, sama dengan 4 rakaat solah tahajud.
35 Apabila seseorang berdiri untuk mengerjakan solah maka rahmat Allah swt tertumpu kepadanya.
36 Solah yang paling afdal ialah solah pada tengah malam, tetapi sangat sedikit orang yang mengerjakannya.
37 Jibril as datang menemui saya lalu berkata, " Wahai Muhammad, walau berapa lama tuan hidup, satu hari nanti tuan akan mati.  Cintailah sesiapa yang tuan suka, satu hari nanti tuan akan mati.  Cintailah sesiapa yang tuan suka, satu hari tuan akan berpisah dengannya.  Sebarang amalan yang tuan buat (baik atau buruk) tuan pasti mendapat balasannya. Tidak syak lagi bahawa ketinggian dan kemuliaan seorang mukmin adalah dalam solah tahajud dan penghormatannya adalah dalam bersifat (istighna) yakni tidak mengharapkan sesuatu daripada manusia.
38 Solah dua rakaat pada akhir malam adalah lebih bernilai daripada seluruh harta benda dunia.  Kalaulah tidak kerana dikhuatiri menyusahkan ummatku nescaya aku mewajibkannya.
39 Hendaklah kamu mengerjakan solah tahajud, kerana solah ini adalah amalan orang soleh dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Solah tahajud menghalang kita daripada melakukan dosa, penghapus dosa dan menambahkan kesihatan badan.
40 Allah swt berfirman, "Hai anak Adam, jangan kamu malas daripada mengerjakan solah 4 rakaat pada permulaan hari nescaya Aku akan menyelesaikan masalah-masalah kamu sepanjang hari itu."

Galakan dan kelebihan solah telah banyak disebutkan dalam kitab-kitab hadith. Adalah memadai dengan 40 hadith itu kerana sekirannya seseorang menghafalkan hadith-hadith ini nescaya dia akan mendapat kelebihan menghafal 40 hadith. Sebenarnya solah adalah satu anugerah yang besar daripada Allah swt. Hanya mereka yang benar-benar mengecapi nikmat bersolah sahaja yang dapat menghargainya. Oleh sebab itulah Rasulullah saw menyatakan bahawa solah adalah penyejuk mata Baginda saw. Baginda saw menghabiskan sebahagian  besar malam hari dengan bersolah kerana menikmati kelazatan bersolah. Oleh kerana  itulah, Baginda saw mewasiatkan tentang solah secara khusus dan menegaskan supaya mengambil berat terhadap solah ketika Baginda saw hampir wafat. Diriwayatkan dalam banyak hadith bahawa Baginda saw bersabda " Takutilah Allah swt dalam perkara solat."


No comments:

Post a Comment