Keterangan
Satu uqiyah perak adalah 40 dirham. Manakala 1 dirham bersamaan lebih kurang RM 1.70. Mengikut perkiraan itu kesemuanya berjumlah RM 20 400.00. Sebaliknya mengikut sabda Rasulullah saw keuntungan tersebut bukanlah satu keuntungan yang besar. Keuntungan yang sebenar ialah keuntungan yang kekal dan tidak akan habis selama-lamanya. Sekirannya iman kita benar-benar sampai ke tahap yang tinggi sehingga wang sebanyak RM 20 400.00 itu tidak bernilai berbanding dengan dua rakaat solah maka kehidupan kita pasti akan bahagia. Sebenarnya solah begitu bernilai. Oleh sebab itulah Rasulullah saw menyatakan bahawa penyejuk mata Baginda saw adalah dalah bersolah. Dalam wasiat Baginda saw yang terakhir ketika hampir-hampir wafat, Baginda saw memerintahkan kita supaya mengambil berat tentang solah. Wasiat tersebut telah diriwayatkan dalam hadith. Hazrat Ummi Salamah r anha berkata, Baginda saw hampir wafat lidah Baginda saw yang mulia tidak dapat lagi mengeluarkan kata-kata dengan sempurna. Dalam keadaan sebegitu pun Baginda saw masih bersungguh-sungguh menekankan tentang solah dan menyuruh menunaikan hak-hak hamba sahaya. Begitu juga telah diriwayatkan oleh Hazrat Ali ra bahawa perkataan terakhir Baginda saw ialah perintah mengambil berat tentang solah dan takutkan Allah swt dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hamba sahaya.
No comments:
Post a Comment