Monday, March 9, 2015

reunion sajoha '76

assalamualaikum semua. lama betul tidak menulis dan tidak update di sini. sekarang sedang sibuk mempengaruhi kawan-kawan lama semasa di smsj untuk hadir ke reunion sajoha '76 dari kelas 5e dan 5m. setakat ini sudah ada 43 orang akan hadir. selain itu kami juga menjemput cikgu-cikgu untuk hadir sama dan sudah 6 orang sudi untuk hadir. mereka ialah cikgu tajul, cikgu hussain, cikgu yunus, cikgu jalil, ustazah salmiah dan terkini ialah pengetua cikgu hamzah rashid. 

sempena dengan reunion ini kami juga bercadang untuk membuat sedikit sumbangan ke smsj dan kami bersetuju untuk membina wakaf yang kami namakan laman keluarga. mr ramly dari e1 yang melukis designnya. setakat ini rm35k sudah dikumpulkan. sampai di sini untuk hari ini.