Saturday, December 21, 2013

lady in red


Chris De Burg - Lady in red
Lyrics:
I've never seen you looking so lovely as you did tonight 
I've never seen you shine so bright 
I've never seen so many men ask you if you wanted to dance 
They're looking for a little romance, given half a chance 
I have never seen that dress you're wearing 
Or the highlights in your head that catch your eyes I have been blind 
The lady in red is dancing with me cheek to cheek 
There's nobody here, it's just you and me, It's where I wanna be 
But I hardly know this beauty by my side 
I'll never for get, the way you look tonight 

I've never seen you looking so gorgeous as you did tonight 
I've never seen you shine so bright you were amazing 
I've never seen so many people want to be there by your side 
And when you turned to me and smiled, It took my breath away 
I have never had such a feeling 
Such a feeling of complete and utter love, as I do tonight 

The way you look tonight 
I never will forget, the way you look tonight 
The lady in red 
The lady in red 
The lady in red 
My lady in red (I love you.)

Monday, December 16, 2013

a boss vs a leader

is it true?
a boss says ..'go'
a leader says..'let's go'

Monday, December 9, 2013

friends

after many years i met a few friends at msu last thursday. they came forward to meet me after my talk. i was so glad to meet them. alhamdulillah, they can still remember my voice, the way i speak and they said i am still the same. hehee..even thou they said i have put some weight. thank you all.
 my good  friend since 1977
 a senior friend and my mom far cousin. the last time i saw her was in 1980
 my very good friend since 1974
the lady was the chairperson for my slot. my friend since 1989

Sunday, December 1, 2013

sedekah

Hadrat Ali ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda "Bersegeralah kamub dengan bersedekah : sebab, bala tidak boleh melangkahi sedekah" (Riwayat Razin,Misykat)

Keterangan :
Maksudnya, jika sekiranya sesuatu bala musibah hendak datang ke atas seseorang kerana sedekahnya bala musibah itu tidak dapat menimpanya.

Sunday, September 22, 2013

Pentomin Merdeka

Dia..
Perwira Bangsa
Nadi Negara
Lahirnya untuk mempertahankan watan
Mendaulatkan negara
Mengatur langkah
Lurah dan hutan rimba
Tetap diredah
Dengan redha..

Dia..
Bapa kepada anak-anak kecil
Suami kepada isteri yang setia
Pemimpin sebuah keluarga
Rindunya terhimpun
Namun..tanggungjawab menjadi taruhan
Demi menjunjung sebuah keamanan

Dia..
Gagah perkasa
Perjuangannya demi nagsa
Rela bermandikan darah
Walau nyawa di hujung senjata
Pertaruhkan jiwa disetiap penjuru
Demi keamanan sebuah negara tercinta

Dia...
Satria negara
Perjuangan di medan tempur
Membunuh dan menangkap musuh
Tiada takut..tiada gentar
Semangat tak pernah luntur
Terus melangkah gagah

Dia..
Pahlawanku
Gugurmu di medan perang
Tidak akan dipersia
Tetap abadi dalam kenangan
Walau banyak raungan yang bergema
Keringatmu adalah hujan yang membasahi kemarau
Setiap titik darahmu adalah permata negara

Dia..
Pejuang Negara..
Pengorbananmu membangkitkan semangat juang
Perjuangan dan semangatmu sentiasa bersatu
Tiada melayu, cina dan india
Mereka duduk semeja dengan rela
Menyuarakan keinginan yang sama
Meluahkan hasrat yang serupa
Kami mahukan kemerdekaan!!!

31 Ogos Tanggal Keramat
Detik yang sentiasa tersemat
Inilah Tapak kebebsan di bumi warisan
Tahun demi tahun kita kenang dalam insaf
Betapa Hidup Terjajah
Akan tetap jadi sejarah

Dia..mewariskan kita sebuah kemedekaan yang perlu dipertahankan!!!

oleh:
Pn Sharifah Fatimah & Pn Rozimah

Sunday, August 18, 2013

Sunday, August 11, 2013

selamat hari raya aidil fitri

selamat hari raya aidil fitri. maaf zahir dan batin. hari ini hari raya yang ke-4. hari ini baru hendak pegi beraya. hendak pegi beraya ke rumah pak usu di batu pahat. mood beraya jadi kurang pula tahun ini. ramai yang datang ziarah ke rumah, sebenarnya saudara mara adik beradik dan sanak saudara datang ziarah melawat mak. alhamdulillah, mak sihat selepas 2 hari duduk hospital sebab tekanan darah yang tinggi. semoga Allah terus beri kesihatan yang baik pada mak. ameen. kepada semua saudara mara dan para sahabat handai rakan taulan, mohon ampun dan maaf, maklumlah semasa pergaulan tentu ada salah silap. semoga Allah terus beri kita kesejahteraan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat. ameen.


Monday, July 29, 2013

Lailatulqadar

Dari Bab 2 Lailatul-Qadr Fadhilat Ramadhan Kitab Fadhilat Amal
Hadith 1 ms56
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw telah bersabda " Sesiapa yang berdiri beribadat pada malam Lailatulqadar dengan iman dan ihtisab (berniat untuk mendapatkan ganjaran) akan diampunkan dosanya yang terdahulu"

Hadith 2 ms 58
Hazrat Anas r.a berkata, "Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah saw bersabda," Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi."

Hadith 3 ms61
Daripada Hazrat Anas r.a beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, "Apabila tiba lailatulqadar, turunlah Jibrail as bersama satu kumpulan malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba Allah yang sedang berdiri atau duduk mengingati Allah sbt dan apabila tiba hari raya, iaitu aidil fitri maka Allah sbt akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikatNya. Dia berfirman, "Wahai malaikatKu! Apakah balasan seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjaNya?" Mereka berkata, "Wahai Tuhanku, balasanya ialah disempurnakan ganjarannya." Allah berkata lagi, "Wahai malaikatKu, hamba-hambaKu lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan perintahKu ke atas mereka dan kehebatanKu, kemurahan dan ketinggianKu dan demi kedudukanKu pasti Aku menerima doa-doa mereka. Kemudian Allah sbt berfirman, "Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah Ku tukarkan segala keburukan kamu kepada kebaikan." Nabi saw bersabda, "Lalu mereka pun pulang dalam keadaan terampun."

Hadith 4 ms 63
Daripada Huzrat Aishah r.anha beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda. " Carilah Lailatulqadar pada bilangan hari yang ganjil dari sepuluh malam terakhir daripada Ramdhan."

Hadith 5 ms 64
Daripada Hazrat 'Ubadah bin Samit ra beliau berkata Rasulullah saw keluar(dari rumahnya) untuk memberitahu kami tentang Lailatulqadar. Ketika itu ada dua orang lelaki daripada orang Islam sedang bergaduh. Maka Baginda bersabda."Aku telah keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatulqadar, tetapi si polan dan si polan sedang bergaduh, oleh itu penentuan Lailatulqadar telah diangkat. Mudah-mudahan itu lebih baik bagi kamu. Maka carilah Lailatulqadar pada malam ke 9, ke 7 dan ke 5."

Hadith 6 ms 74
Hazrat 'Ubadah bin Samit ra telah bertanya kepada Nabi saw tentang Lailatulqadar. Lalu Baginda bersabda, "Lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir. Sesungguhnya Lailatulqadar berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23,25, 27 atau 29 ataupu pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.  Sesiapa yang bangun beribadat pada malam-malam itu dengan iman dan niat untuk mendapat ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan. Antara tanda-tanda Lailatulqadar ialah keadaan terang  dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sedang memancar(kerana banyak Nur kerohanian). Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi. Antara tanda-tanda Lailatulqadar lagi ialah sesungguhnya matahari akn terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuar. Matahari terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah sbt telah menharamkan syaitan keluar bersama matahari pada hari itu (sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit).

Hadith 7 ms 75

Hazrat 'Aishah r.anha berkata, " Ya Rasulullah! Beritahulah kepada saya sekiranya saya tahu malam manakah Lailatulqadar, apakah doa yang sepatutnya saya pohon?" Baginda saw bersabda, "Katakanlah,
 "Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu anni" "Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan maka ampunilah daku."

Sunday, July 14, 2013

Hadith 10 Fadhilat Solah

sambungan keterangan....page 26

Penekanan dan penerangan tentang solah dan kelebihan-kelebihan solah terdapat dalam kitab hadith.  Sangat sukar untuk dicatatkan keseluruhan perkara itu.  Sebagai usaha untuk mendapat keberkatan di bawah ini ditulis mafhum beberapa hadith Baginda saw.
1 Solah merupakan perintah Allah saw yang pertama ke atas umatku dan solahlah yang pertama akan dihisab pada hari kiamat.
2 Takuti Allah swt tentang solah. Takutilah Allah swt tentang solah. Takutilah Allah swt tentang solah.
3 Solah adalah pemisah antara seseorang yang beriman dengan syirik.
4 Solah ialah tanda Islam.  Seseorang yang bersolah dengan khushuk serta memelihara waktu solah dan perkara-perkara yang disunatkan dalam solah adalah seorang mukmin.
5 Tidak ada amalan yang difardukan oleh Allah swt lebih afdal daripada iman dan solah.  Sekiranya terdapat amalan-amalan yang lebih afdal daripada solah, nescaya Allah swt akan memerintahkan para malaikat untuk melakukan amalan-amalan itu.  Oleh itu, sepanjang siang dan malam ada malaikat yang rukuk dan ada yang sujud.
6 Solah adalah tiang agama.
7 Solah menghitamkan muka syaitan.
8 Solah adalah nur bagi orang mukmin
9 Solah adalah sebaik-baik jihad.
10 Apabila seorang mulai mengerjakan solah, Allah swt menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Apabila dia selesai bersolah Allah swt akan mengalihkan perhatian daripadanya.
11 Apabila bala turun dari langit maka mereka yang memakmurkan masjid terselamat daripada bala itu.
12 Kalaulah seseorang dimasukkan ke dalam neraka kerana sesuatu sebab, api neraka tidak akan membakar bahagian anggota sujud.
13 Allah swt telah mengharamkan api neraka daripada mengharamkan api neraka daripada menyentuh anggota sujud.
14 Amalan yang paling disukai oleh Allah swt ialah solah yang ditunaikan pada awal waktu.
15 Keadaan manusia yang paling disukai oleh Allah swt ialah ketika melihat seseorang itu sujud dan dahinya menyentuh ke tanah.
16 Seseorang itu sangat hampir dengan Allah swt ketika dia dalam sujud.
17 Solah adalah anak kunci syurga.
18 Apabila seseorang berdiri untuk mengerjakan solah maka terbukalah pintu-pintu syurga dan tabir antara dia dengan Allah swt disingkap, selagi dia tidak melakukan perkara-perkara yang makruh.
19 Seorang yang bersolah adalah seperti dia sedang mengetuk pintu Raja segala  raja dan pada kebiasaannya apabila pintu diketuk berterusan maka pastilah pintu akan dibuka.
20 Kedudukan soalah dalam agama adalah seumpama kedudukan kepala pada badan.
21 Solah adalah cahaya bagi hati. Sesiapa yang ingin jadikan hatinya bercahaya maka usahakanlah melalui bersolah.
22 Seseorang yang mengambil wuduk dengan sepurna lalu menuanikan 2 atau 4 rakaat solah fardu atau sunat dengan khusyuk dan khudu lalu memohon keampunan daripada Allah swt terhadap dosanya maka Allah swt akan mengampuninya.
23 Bahagian bumi yang di atasnya terdapat manusia yang mengingati Allah swt dengan menunaikan solah, bahagian itu berbangga ke atas bahagian bumi yang lain.
24 Seseorang yang menunaikan 2 rakaat solah lalu memohon sebarang hajat daripada Allah swt maka permohonannya itu akan diperkenankan sama ada pada ketika itu juga atau dilambatkan sedikit kerana sesuatu maslahat(sesuatu manafaat dan kebaikan)
25 Sesiapa yang mengerjakan solah dua rakaat bersendirian dan tiada siapa yang melihatnya kecuali Allah swt serta malaikat-malaikatNya maka dia mendapat jaminan kelepasan daripada api negara.
26 Sesuatu doa akan dimakbulkan oleh Allah swt selepas seorang itu menunaikan setiap solah fardunya.
27 Seseorang yang mengambil berat terhadap solah 5 waktu dengan menyempurnakan rukuk, sujud, wuduk dan lain-lain dengan sempurna maka pasti dia akan memasuki syurga dan neraka diharamkan ke atasnya.
28 Selagi seseorang Islam mengambil berat dalam menunaikan solah 5 waktu maka selagi inilah syaitan akan takut kepadanya. Apanila dia mencuaikan solah maka menjadi berani dan bersungguh-sungguh untuk menyelewengkannya.
29 Amalan yang paling baik ialah mendirikan solah pada awal waktu.
30 Solah adalah persembahan orang yang bertakwa kepada Allah swt.
31 Solah yang paling disukai oleh Allah swt ialah solah yang dikerjakan pada awal waktu.
32 Mereka yang pergi mengerjakan solah pada waktu subuh membawa bendera iman. Sementara mereka yang ke pasar (tanpa bersolah subuh) membawa bendera syaitan.
33 Pahala 4 rakaat solah sunat sebelum zuhur sama seperti pahala 4 rakaat solah tahajud
34 Empat rakaat solah sunat sebelum zuhur, sama dengan 4 rakaat solah tahajud.
35 Apabila seseorang berdiri untuk mengerjakan solah maka rahmat Allah swt tertumpu kepadanya.
36 Solah yang paling afdal ialah solah pada tengah malam, tetapi sangat sedikit orang yang mengerjakannya.
37 Jibril as datang menemui saya lalu berkata, " Wahai Muhammad, walau berapa lama tuan hidup, satu hari nanti tuan akan mati.  Cintailah sesiapa yang tuan suka, satu hari nanti tuan akan mati.  Cintailah sesiapa yang tuan suka, satu hari tuan akan berpisah dengannya.  Sebarang amalan yang tuan buat (baik atau buruk) tuan pasti mendapat balasannya. Tidak syak lagi bahawa ketinggian dan kemuliaan seorang mukmin adalah dalam solah tahajud dan penghormatannya adalah dalam bersifat (istighna) yakni tidak mengharapkan sesuatu daripada manusia.
38 Solah dua rakaat pada akhir malam adalah lebih bernilai daripada seluruh harta benda dunia.  Kalaulah tidak kerana dikhuatiri menyusahkan ummatku nescaya aku mewajibkannya.
39 Hendaklah kamu mengerjakan solah tahajud, kerana solah ini adalah amalan orang soleh dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Solah tahajud menghalang kita daripada melakukan dosa, penghapus dosa dan menambahkan kesihatan badan.
40 Allah swt berfirman, "Hai anak Adam, jangan kamu malas daripada mengerjakan solah 4 rakaat pada permulaan hari nescaya Aku akan menyelesaikan masalah-masalah kamu sepanjang hari itu."

Galakan dan kelebihan solah telah banyak disebutkan dalam kitab-kitab hadith. Adalah memadai dengan 40 hadith itu kerana sekirannya seseorang menghafalkan hadith-hadith ini nescaya dia akan mendapat kelebihan menghafal 40 hadith. Sebenarnya solah adalah satu anugerah yang besar daripada Allah swt. Hanya mereka yang benar-benar mengecapi nikmat bersolah sahaja yang dapat menghargainya. Oleh sebab itulah Rasulullah saw menyatakan bahawa solah adalah penyejuk mata Baginda saw. Baginda saw menghabiskan sebahagian  besar malam hari dengan bersolah kerana menikmati kelazatan bersolah. Oleh kerana  itulah, Baginda saw mewasiatkan tentang solah secara khusus dan menegaskan supaya mengambil berat terhadap solah ketika Baginda saw hampir wafat. Diriwayatkan dalam banyak hadith bahawa Baginda saw bersabda " Takutilah Allah swt dalam perkara solat."


Hadith 10 Fadhilat Solah

sambungan keterangan...page 25

Sekali Baginda saw telah mengutus satu jemaah tentera ke Bajd. Mereka pulang dengan begitu cepat serta membawa harta rampasan yang banyak.  Orang ramai sangat hairan kerana dalam masa yang begitu singkat mereka kembali dengan harta rampasan dan kejayaan yang besar. Lalu Rasulullah saw bersabda, "Inginkah kamu mengetahui tentang segolongan manusia yang memperoleh keuntungan yang lebih banyak daripada harta benda itu dalam masa yang lebih singkat?  Mereka itu ialah orang yang mengerjakan solah subuh dengan berjemaah kemudian duduk hingga terbit matahari, lalu mengerjakan dua rakaat solah sunat isyraq (waktunya lebih kurang 20 minit selepas terbit matahari). Mereka ini ialah orang yang memeperoleh keuntungan yang sangat banyak dalam masa yang sangat singkat.

Hazrat Shaqiq Balkhi rah seorang ahli sufi dan wali Allah yang masyhur berkata. " Kami mencari 5 perkara dan menemui perkara-perkara itu melalui 5 amalan.
1 Keberkatan rezeki didapati melalui solah dhuha.
2 Cahaya di dalam kubur didapati melalui solah tahajud.
3 Jawapan terhadap soalan Munkar dan Nakir didapati melalui membaca al-Quran.
4 Mudah melintasi titian sirat didapati melalui puasa dan bersedekah.
5 Mendapat nauhan di bawah Arasy IIlahi melalui mengingati Allah swt dalam keadaan bersunyi diri."

Hadith 10 Fadhilat Solah..page 24


Diriwayatkan daripada Hazrat Ibnu Salman r.a bahawa salah seorang daripada sahabat Rasulullah saw menceritakan, " Apabila kami telah mendapat kemenangan dalam peperangan Khaibar, orang ramai mengeluarkan harta rampasan perang masing-masing yang terdiri daripada barang-barang dan orang tawanan lalu mereka mula berjual-beli antara satu sama lain. Seorang datang memberitahu Rasulullah saw, "Wahai Rasulullah, tidak seorangpun di lembah ini yang mendapat keuntungan yang saya peroleh hari ini. "Rasulullah saw bertanya, "Wah, berapa banyakkah keuntungannya?" Dia menjawab, " Saya terus menjual dan membeli sehingga saya mendapat keuntungan sebanyak tiga ratus uqiyah perak". Baginda saw bersabda, "Saya akan memberitahu kamu perkara yang lebih menguntungkan yang akan diperoleh oleh seseorang." Dia bertanya, "Apakah itu(wahai Rasulullah?" Jawab Baginda saw. " Dua rakaat solat sunat selepas solah ( fardu)." (Hadith riwayat Imam Abu Daud)

Keterangan

Satu uqiyah perak adalah 40 dirham. Manakala 1 dirham bersamaan lebih kurang RM 1.70. Mengikut perkiraan itu kesemuanya berjumlah RM 20 400.00. Sebaliknya mengikut sabda Rasulullah saw keuntungan tersebut bukanlah satu keuntungan yang besar. Keuntungan yang sebenar ialah keuntungan yang kekal dan tidak akan habis selama-lamanya. Sekirannya iman kita benar-benar sampai ke tahap yang tinggi sehingga wang sebanyak RM 20 400.00 itu tidak bernilai berbanding dengan dua rakaat solah maka kehidupan kita pasti akan bahagia. Sebenarnya solah begitu bernilai. Oleh sebab itulah Rasulullah saw menyatakan bahawa penyejuk mata Baginda saw adalah dalah bersolah. Dalam wasiat Baginda saw yang terakhir ketika hampir-hampir wafat, Baginda saw memerintahkan kita supaya mengambil berat tentang solah. Wasiat tersebut telah diriwayatkan dalam hadith. Hazrat Ummi Salamah r anha berkata, Baginda saw hampir wafat lidah Baginda saw yang mulia tidak dapat lagi mengeluarkan kata-kata dengan sempurna.  Dalam keadaan sebegitu pun Baginda saw  masih bersungguh-sungguh menekankan tentang solah dan menyuruh menunaikan hak-hak hamba sahaya. Begitu juga telah diriwayatkan oleh Hazrat Ali ra bahawa perkataan terakhir Baginda saw ialah perintah mengambil berat tentang solah dan takutkan Allah swt dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hamba sahaya.

Wednesday, July 10, 2013

ramadhan kareem

semoga Allah terima amalan ibadat kita semua. ameen

somebody that i used to know


 Now and then I think of when we were together
 Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end
Always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad that it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
You didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believing it was always something that I'd done
And I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to
know...

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
You didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

I used to know
That I used to know

Somebody...

Monday, June 24, 2013

hazardous haze

May Allah bless us all always
the highest API 746 on 23 june 2013 sunday morning

declaration of emergency state in muar on the 23rd june 2013

Sunday, June 16, 2013

a weekend break : Gurindam Jiwa



Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Saturday, June 15, 2013

morocco pic 2


 the largest gate in fes

 ancient stable
7 gates of a palace
 a gate to a kasbah
 fes
 fes
 fes
 pottery industry in fes
 leather industry in fes

morocco pictures

 tangiers

 sultan mohamad mosque
 meeting of atlantic ocean and straits of gibraltar
hercules cave

Sunday, June 9, 2013

spain and morocco trip

alhamdulillah..i was in spain from 23-28 may and in morocco from 29may-3rd june 2013. 
 madrid
 toledo
granada
alhambra

 cordoba mosque turn catheral
 mezquita mosque in cordoba
 the mimbar


Sunday, May 5, 2013

GE13 is today

this is creativity. may malaysia be blessed always. 

Saturday, April 6, 2013

Habits of Mind..a short course at Eastin Hotel, PJ

Habits of Mind are dispositions displayed by intelligent people in response to problems, dilemmas and enigmas.Successful people do things differently. They have talent that is natural or earned through a process of constant growth and practice. Emeritus Professor Art Costa described these Habits of Mind how successful people go about using their minds to greatest effect when confronted with problems.The 16 Habits of Mind form the basis of the intelligence is learned. Intelligence is a set of learnable characteristics. 

Friday, March 29, 2013

M PEOPLE - Search For The Hero


Sometimes the river flows but nothing breathes.
A train arrives but never leaves.
 It's a shame. Oh life like love that walks out of the door.
 Of being rich or being poor. Such a shame.
But it's then, then that faith arrives.
To make you feel at least alive.
And that's why you should keep on aiming high.
Just seek yourself and you will shine
You've got to search for the hero inside yourself.
Search for the secrets you hide.
Search for the hero inside yourself.
Until you find the key to your life.
 In this life long and hard though it may seem
Live it as you'd live a dream.
Aim so high. Just keep the flame of truth burning bright.
The missing treasure you must find.
 Because you and only you alone.
Can build a bridge across the stream.
Weave your spell in life's rich tapestry.
Your passport to a feel supreme. Chorus.

Sunday, February 24, 2013

thinker's key for pupils

Questioning 
Tony's Ryan's Thinkers' Keys

A Set of 20 Different Activities to Motivate and Engage Pupils in a Range of Thinking Tasks

How to use each of the Thinker's keys in relation to a given topic:
1. The Reverse- Challenges Children to think of the never, cannot
2. The What If- A what if question, come up with solutions
3. The Disadvantages- List disadvantages and Improvements
4. The Combination- List attributes of both, then combine
5. The Alphabet- Come up with something for each letter of the Alphabet
6. The B A R- Bigger, Add, Replace acronym. Come up with a solution for each
7. The Variations- How many ways can you…
8. The Picture- Draw a picture/diagram
9. The Prediction- Make a prediction
10. The Different Uses- Find 10 different uses for…
11. The Ridiculous- Try to justify a ridiculous statement
12. The Commonality- Find common points between…
13. The Question- Come up with 5 questions for…
14. The Brainstorming- Brainstorm solutions for…
15. The Inventions- Design a …
16. The Brick Wall- Consider alternatives to…
17. The Construction- Construct a… Materials…
18. The Forced Relationships- Come up with a solution to a problem involving two dissimilar objects
19. The Alternative- Work out 3 ways to…
20. The Interpretations- Give 3 possible explanations for…

A great resource that includes templates and a range of examples of the Keys in use can be found online at
http://www.tonyryan.com.au/blog/wp-content/uploads/Thinkers_Keys_Version1.pdf

Sunday, January 27, 2013

menuntut ilmu

Hazrat Abu Hurarirah ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda, 'dunia dilaknat dan apa-apa yang ada di dalam dunia juga dilaknat (jauh daripada rahmat Allah) kecuali zikrullah dan apa-apa yang menghampirkan kepadanya, alim dan penuntut ilmu"  [hadith riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain]

keterangan :
'apa-apa yang menghampirkan kepadanya 'boleh dimaksudkan apa-apa yang menghampirkan kepada zikir.
jika demikian maka maksudnya adalah apa-apa yang menolong dan membantu seseorang untuk berzikir, termasuk juga makan minum sekadar perlu dan keperluan hidup yang lain. menurut pengertian ini segala perbuatan yang berbentuk ibadat adalah juga termasuk dalam zikrullah.

'apa-apa yang menghampirkan kepadanya' boleh juga membawa maksud apa-apa yang menghampirkan kepada Allah. mengikut pengertian ini pula apa-apa yang menghampirkan kepada Allah, termasuklah segala jenis ibadat.

yang dimaksudkan dengan zikrullah yang disebutkan dalam hadith ini ialah zikir yang khusus.

ilmu termasuk dalam kedua-dua pengertian tersebut. mengikut pengertian pertama, ilmulah yang menghampirkan seseorang kepada zikrullah. sebagaimana dikatakan oleh seorang penyair,  'tidak mungkin seseorang dapat mengenal Allah tanpa ilmu"

manakala mengikut pengertian yang kedua ialah tidak ada ibadat yang lebih penting daripada ilmu. walaupun demikian orang alim dan penuntut ilmu masih disebutkan secara berasingan untuk menegaskan bahawa ilmu adalah sesuatu yang begitu berharga.

diriwayatkan dalam satu hadth bahawa :
1 menuntut ilmu semata-mata kerana Allah sbht adalah termasuk dalam pengertian takut kepada Allah. sbht.
2 menuntut ilmu dan pergi ke mana-mana saje untuk mencari ilmu adalah ibadat.
3 menghafal ilmu adalah tasbih(mensucikan Allah sbht).
4 perbincangan dalam mengkaji ilmu adalah jihad.
5 membaca dan mentelaah kitab adalah sedekah
6 mengajar ilmu kepada orang-orang yang layak diajar adalah penghampiran diri kepada Allah
7 sesungguhnya, melalui ilmu, halal dan haram dapat dibezakan.
8 ilmu adalah tanda arah jalan ke syurga,
9 penghibur hati ketika gelisah,
10 teman dalam perjalanan,
11 guru ketika keseorangan,
12 memberi petunjuk dalam kesenangan dan kesusahan
13 dan senjata ketika melawan musuh untuk membela kawan.

oleh itu, Allah sbht telah meninggikan darjat para ulama.
1 mereka adalah penyeru kepada kebaikan.
2 mereka adalah imam yang jejak langkah dan amal perbuatan mereka diikuti,
3 mereka sebagai tempat rujukan.
4 para malaikat suka bersahabat dengan mereka. para malaikat mengusap sayap-sayap ke atas mereka untuk mengambil berkat atau  menunjukkan kasih sayang.
5 setiap mahluk di dunia ini sama ada yang di darat mahupun yang di laut memohon keampunan untuk mereka. sehinggakan ikan-ikan di laut, binatang-binatang buas di hutan dan binatang yang berbisa seperti ular dan sebagainya) juga sentiasa memohon keampunan daripada Allah sbht untuk mereka.

ini semuanya ialah kerana ilmu merupakan nur bagi hati dan cahaya bagi mata. melalui ilmu seseorang hamba boleh sampai ke tahap sebagai seorang yang terbaik di kalangan umat dan boleh mencapai kedudukan yang tinggi di dunia dan akhirat.

memutalaah pelajaran adalah umpama puasa dan meghafal adalah seperti bertahajud. dengan ilmu dapat dieratkan lagi tali persaudaraan, dan dengan ilmu ia dapat mengenal halal dan yang haram. ilmu adalah imam kepada amal dan amal adalah pengikut ilmu. ilmu hanyalah diilhamkan kepada orang yang berbahagia sahaja sedangkan orang-orang yang malang adalah jauh dari ilmu.

petikan dari muka surat 71 hingga 73 bab 1 : fadhilat zikir buku fadhilat amal.



Saturday, January 26, 2013

10.1

im writing this from my 10.1 gnote..im not patient enough to upload a picture..hehee..

i uploaded this picture using my laptop in less then 20 seconds....

Thursday, January 3, 2013

sting like a bee..hehee

someone said " saya tak pernah jumpa pengetua yang sombong seperti puan ini" in my room, but after 20 minutes after the discussion was over, she apologized...hehee..