Monday, October 24, 2011

budi bahasa budaya kita

pagi-pagi ini ingat nak tulis sikit pasal budi bahasa ni. konon orang kita tinggi budi bahasanya. selalunya begitu la. tapi saya pelik juga la orang zaman sekarang ni ada yang sombong tak berbudi bahasa. saya rasa nak cop kurang ajar pun boleh rasanya. bukan apa-apa cuma kecewa sikit la kalau dah ditolong dan tak ucap terima kasih pun. paling mudah dan kalau segan pun sms pun ok juga la masih boleh faham dan diterima juga. masa nak minta tolong boleh pulak sms pagi-pagi buta. selepas ditolong senyap saje pulak. macam tak ada apa-apa berlaku. pelik betul. ada juga satu kes lagi  tu selepas ditolong langsung buat tak tahu saje. bukan orang muda pun. langsung tak hargai kita. kita pun bukan berkira sangat. sms pun jadi la tanda ingat. tapi fahamla kita ada orang put a good face but we dont know the heart. hati budi memang susah nak dikesan. selepas berlaku kes-kes begini fahamla kita manusia ni macam-macam betul perangainya yang tidak disangka-sangka pun boleh jadi. macam mana nak tegur perangai begini?
yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa
apa-apa pun semoga Allah sentiasa beri kesejahteraan kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment