Sunday, December 30, 2012

hadith 40 fadhilat amal

i'm reading the fadhilat amal page 175-182 and i'm writing this as a reminder to myself.
Diriwayatkan daripada Huzrat Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda, 'Iman terbahagi kepada lebih daripada tujuh puluh bahagian(atau tujuh puluh tujuh bahagian). Bahagian yang paling afdal ialah ucapan la ila ha illlah dan yang paling rendah ialah menjauhkan perkara yang menyakiti dari jalan dan sifat malu juga adalah sebahgian dari iman.' (Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Keterangan

1 Sifat malu telah disebut oleh Rasulullah saw secara khusus di atas, kerana sifat malu merupakan sebab terhindarnya banyak dosa seperti berzina, mencuri, mencarut, mendedahkan aurat, memaki hamun dan sebagainya.
2 Perasaan malu dalam kehidupan dunia dan akhirat adalah jelas merupakan pendorong untuk melakukan amalan kebajikan seperti solah, zakat dan haji. Sifat malu juga merupakan sebab seluruh perintah Allah sbt yang lain ditunaikan. 
3 'Segala fikir untuk menjaga maruah diri adalah hanya kerana adanya sifat malu. Pasti akan datang dalam perasaannya, jika saya tidak mengerjakan solah maka di mana saya akan sorokkan muka saya di akhirat nanti? Sebaliknya jika tidak ada sifat malu seseorang itu akan berfikir' Apa peduli dengan kata-kata orang?'

Peringatan

Diterangkan dalam hadith di atas bahawa iman mempunyai lebih daripada tujuh puluh cabang. Imam Nawawi rah berkata, 'Nabi Muhammad saw telah menetapkan bahawa yang paling tinggi antara cabangan iman ialah kalimah tauhid yakni la ila ha illah. Dengan ini dapat diketahui bahawa antara cabangan iman, tauhidlah menduduki darjah yang paling tinggi dan tidak ada sesuatu yang lain daripada cabangan iman yang mengatasinya. Lantaran itu dapat diketahui bahawa perkara yang terpenting bagi setiap orang Islam yang mukallaf dan darjah yang paling rendah daripada cabangan iman ialah membuang daripada jalan sesuatu yang boleh menyusahkan seseorang Islam. Kedudukan cabangan iman yang lain adalah di antara kedua-dua cabangan iman tersebut.

Terdapat pelbagai tulisan oleh para penulis syarah kitab Bukhari berkaitan cabangan iman ini. Mereka telah membuat ringkasan yang hasil rumusannya ialah bahawa kesempurnaan iman adalah merupakan himpunan tiga perkara. 
1 Membenarkan dengan hati yakni meyakini keseluruhan perkara yang berkaitan dengan iman. 
2 Ikrar dengan lidah.
3 Mengamalkan (tuntutan iman) dengan anggota tubuh badan.

Keseluruhannya cabangan iman terkandung dalam 3 perkara tersebut.
Pertama: 30 perkara yang berkaitan dengan akidah
Kedua : 7 bahagian amalan lidah
Ketiga : 40 amalan yang berkaitan dengan baki anggota badan yang lain.

Inilah 77 cabangan iman. Setiap orang hendaklah merenung dan memikirkan sifat-sifat tersebut, sekiranya terdapat mana-mana sifat tersebut dalam dirinya maka dia hendaklah bersyukur kepada Allah sbt kerana hanya dengan taufik dan kasih sayang Alah sbt seseorang itu memperoleh kebaikan. Sifat-sifat yang masih belum diperoleh hendaklah diusahakan dan sentiasa berdoa untuk menghasilkannya.

"Dan tiadalah aku akan beroleh taufik(untuk melakukan apa-apa jua kebaikan) melainkan dengan (pertolongan) Allah'

No comments:

Post a Comment