Semasa jalan-jalan ke Turki saya jumpa dengan pelancong lain, seorang darinya dari negara Iran. Wanita itu menyatakan dia orang Parsi. Dia tidak sebut pun Iran. I'm from Parsi. Pelik juga kenapa dia tidak kata I'm Iranian atau I'm from Iran. Dia bertanya kalau beliau ke Malaysia apa yang boleh dilihat. Saya terus sebut mengenai hutan khatulistiwa kita. The rainforest. The flora and the fauna of our rainforest in Sabah and Sarawak. Harap jawapan itu betul dan menimbulkan rasa ingin tahunya dan menjadikan Malaysia destinasinya yang akan datang. Rasa malu timbul juga untuk menyebut mengenai budaya kita, apakah budaya kita yang hendak ditonjolkan dan boleh menarik orang lain untuk melihatnya. Kalau di Turki kita terus teringat seni karpet/hamparan suteranya. Teringat perusahaan kulitnya. Teringat tulisan khat di atas pinggan tembikar yang sungguh halus seninya. Selain senibinanya yang kita boleh lihat di masjid dan peninggalan sejarah tamadun bangsanya. Kita ada batik, rupa-rupanya mereka juga ada batik. Tak kurang cantiknya.Apakah kerja tangan kita yang boleh ditonjolkan selain batik?
No comments:
Post a Comment