Tuesday, January 12, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah saya sihat. Penyakit datang dan pergi tetapi sesekali sahaja diserang selsema atau batuk, tetapi minggu ini terdengar berita dua orang kawan saya mendapat penyakit berat. Seorang diserang stroke dan doktor beri cuti sakit sehingga bulan Mei. Seorang lagi disahkan menghidap penyakit kanser darah dan sedang dirawat dengan kemoterapi. Semoga Allah sembuhkan mereka dengan cepat. Semoga Allah jauhkan saya sekeluarga, saudara mara dan seluruh sahabat handai dari sebarang penyakit. Amin

No comments:

Post a Comment