Sunday, July 14, 2013

Hadith 10 Fadhilat Solah

sambungan keterangan...page 25

Sekali Baginda saw telah mengutus satu jemaah tentera ke Bajd. Mereka pulang dengan begitu cepat serta membawa harta rampasan yang banyak.  Orang ramai sangat hairan kerana dalam masa yang begitu singkat mereka kembali dengan harta rampasan dan kejayaan yang besar. Lalu Rasulullah saw bersabda, "Inginkah kamu mengetahui tentang segolongan manusia yang memperoleh keuntungan yang lebih banyak daripada harta benda itu dalam masa yang lebih singkat?  Mereka itu ialah orang yang mengerjakan solah subuh dengan berjemaah kemudian duduk hingga terbit matahari, lalu mengerjakan dua rakaat solah sunat isyraq (waktunya lebih kurang 20 minit selepas terbit matahari). Mereka ini ialah orang yang memeperoleh keuntungan yang sangat banyak dalam masa yang sangat singkat.

Hazrat Shaqiq Balkhi rah seorang ahli sufi dan wali Allah yang masyhur berkata. " Kami mencari 5 perkara dan menemui perkara-perkara itu melalui 5 amalan.
1 Keberkatan rezeki didapati melalui solah dhuha.
2 Cahaya di dalam kubur didapati melalui solah tahajud.
3 Jawapan terhadap soalan Munkar dan Nakir didapati melalui membaca al-Quran.
4 Mudah melintasi titian sirat didapati melalui puasa dan bersedekah.
5 Mendapat nauhan di bawah Arasy IIlahi melalui mengingati Allah swt dalam keadaan bersunyi diri."

No comments:

Post a Comment