Monday, July 29, 2013

Lailatulqadar

Dari Bab 2 Lailatul-Qadr Fadhilat Ramadhan Kitab Fadhilat Amal
Hadith 1 ms56
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw telah bersabda " Sesiapa yang berdiri beribadat pada malam Lailatulqadar dengan iman dan ihtisab (berniat untuk mendapatkan ganjaran) akan diampunkan dosanya yang terdahulu"

Hadith 2 ms 58
Hazrat Anas r.a berkata, "Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah saw bersabda," Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi."

Hadith 3 ms61
Daripada Hazrat Anas r.a beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, "Apabila tiba lailatulqadar, turunlah Jibrail as bersama satu kumpulan malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba Allah yang sedang berdiri atau duduk mengingati Allah sbt dan apabila tiba hari raya, iaitu aidil fitri maka Allah sbt akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikatNya. Dia berfirman, "Wahai malaikatKu! Apakah balasan seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjaNya?" Mereka berkata, "Wahai Tuhanku, balasanya ialah disempurnakan ganjarannya." Allah berkata lagi, "Wahai malaikatKu, hamba-hambaKu lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan perintahKu ke atas mereka dan kehebatanKu, kemurahan dan ketinggianKu dan demi kedudukanKu pasti Aku menerima doa-doa mereka. Kemudian Allah sbt berfirman, "Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah Ku tukarkan segala keburukan kamu kepada kebaikan." Nabi saw bersabda, "Lalu mereka pun pulang dalam keadaan terampun."

Hadith 4 ms 63
Daripada Huzrat Aishah r.anha beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda. " Carilah Lailatulqadar pada bilangan hari yang ganjil dari sepuluh malam terakhir daripada Ramdhan."

Hadith 5 ms 64
Daripada Hazrat 'Ubadah bin Samit ra beliau berkata Rasulullah saw keluar(dari rumahnya) untuk memberitahu kami tentang Lailatulqadar. Ketika itu ada dua orang lelaki daripada orang Islam sedang bergaduh. Maka Baginda bersabda."Aku telah keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatulqadar, tetapi si polan dan si polan sedang bergaduh, oleh itu penentuan Lailatulqadar telah diangkat. Mudah-mudahan itu lebih baik bagi kamu. Maka carilah Lailatulqadar pada malam ke 9, ke 7 dan ke 5."

Hadith 6 ms 74
Hazrat 'Ubadah bin Samit ra telah bertanya kepada Nabi saw tentang Lailatulqadar. Lalu Baginda bersabda, "Lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir. Sesungguhnya Lailatulqadar berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23,25, 27 atau 29 ataupu pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.  Sesiapa yang bangun beribadat pada malam-malam itu dengan iman dan niat untuk mendapat ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan. Antara tanda-tanda Lailatulqadar ialah keadaan terang  dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sedang memancar(kerana banyak Nur kerohanian). Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi. Antara tanda-tanda Lailatulqadar lagi ialah sesungguhnya matahari akn terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuar. Matahari terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah sbt telah menharamkan syaitan keluar bersama matahari pada hari itu (sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit).

Hadith 7 ms 75

Hazrat 'Aishah r.anha berkata, " Ya Rasulullah! Beritahulah kepada saya sekiranya saya tahu malam manakah Lailatulqadar, apakah doa yang sepatutnya saya pohon?" Baginda saw bersabda, "Katakanlah,
 "Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu anni" "Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan maka ampunilah daku."

No comments:

Post a Comment