Tuesday, February 16, 2010

wajik dan bahulu





hari ini mak buat wajik. kueh tradisional. yan pula buat kueh bahulu, juga kueh tradisional resepi mak.

wajik
bahan-bahan:
1 kilo beras pulut
1 kilo gula melaka
3 biji kelapa diperah santannya
1/2 cawan gula pasir
secubit garam

caranya:
1 beras pulut direndam semalaman dan dikukus
2 masak santan hingga timbul minyaknya
3 masukkan gula melaka dan gula pasir
4 kacau hingga likat dan tidak putus..mak kata seperti ekor tikus
5 masukkan pulut dan kacau pekat dan tidak bergerak..jangan terlalu tua kerana apabila sejuk ia akan jadi terlalu keras pula
6 masukkan ke dalam bekas yang sesuai..mak selalu guna dulang kecil dengan di alas daun pisang

p/s esok resepi bahulu pula...

No comments:

Post a Comment