Saturday, September 18, 2010

update : resipi bingka pulut pandan (with pics)

baru saje interview mak dan minta resipi kuih bingka pulut pandan ini :

bahan-bahannya :
1 kg tepung pulut
2 cawan tepung gandum
1 kg santan pekat
air daun pandan pekat
gula pasir secukup rasa ( 4 cawan dan mesti dirasa adunan itu ...mesti manis)
1 biji telur ayam

cara-cara :


1 campur kedua-dua jenis tepung
2 kemudian masukkan telur, gula dan air pandan, kacau perlahan-lahan.
3 masukkan santan sedikit demi sedikit,elakkan ianya bergentel-gentel pula.
4 perhatikan jangan sampai cair adunan itu.
5 rasa juga bahan adunan supaya cukup manisnya.kuih bingka mesti manis .
6 bakar dalam loyang jika hendak menggunakan oven. jika hendak bakar di tungku dapur, guna bekas acuan yang berlubang ditengah.
7 sebelum itu, bubuh sedikit minyak kelapa dan tabur sedikit tepung gandum di atasnya untuk elak ia melekat.
8 jangan isikan aduanan ke dalam loyang atau bekas berlubang itu sehingga penuh untuk elak ia melimpah keluar.
9 jika bakar dalam oven gunala api atas dan bawah.


saya menulis ini terus dari ingatan ibu saya saja..cuba la buat..insyaAllah menjadi..(alhamdulillah, ibu saya telah bersetuju untuk buat kuih bingka ini semalam)

nota
kuih bingka mesti manis dan lemak. bingka pulut ini ialah bingka pulut betawi kerana ada diletakkan telur..dan rasanya lebih sedap selepas dua hari disimpan. jika nasib baik..mak saya akan buat bingka ini saya akan letakkan gambarnya di sini..

ada juga yang menggunakan gula melaka sebagai ganti gula pasir..gula melaka itu mesti dimasak/dicairkan terlebih dahulu.  air daun pandan tidak la digunakan dan warnanya menjadi warna coklat.

1 comment: